SELAMAT DATANG KE D'Beauty Ladies Station JOM CHANTIKS !! LAKUKANNYA SENDIRI BILA-BILA MASA DI MANA JUA

Friday 26 April 2013

APAKAH ITU HYDROQUINONE?




APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnyahydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.


BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4 - 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4 - 6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan. Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.

MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?


Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Ia lama kelamaan berkurangan.




Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar di atas). Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

- Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.

- Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.

- Turut menyebabkan kesan sampingan maut lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.

- Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam.

- Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam dan bertompok.

- Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Kesatuan Negara-negara Eropah EU, mengharamkan penggunaan hydroquinone sejak dahulu lagi.

Di Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.


APAKAH ITU TRETINOIN?

Merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris).

KESAN SAMPINGAN TRETINOIN

- Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitive kepada cahaya ultra violet.

Kesan jangka panjang produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaanya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerah-merahan selepas memakainya.

Dan nasihat yang dikeluarkan, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya.

Kenyataan ini diambil dari laman web Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Wednesday 10 April 2013

Istimewa Untuk Kaum Wanita !!!


Tuah ayam nampak di kaki ... tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin anda merupakan salah 1 peserta pilihan juri untuk memenangi hadiah ini... Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!





( Klik gambar untuk paparan lebih jelas )

Monday 1 April 2013

Happy Face







( Klik gambar untuk paparan lebih jelas )


Ini Adalah testimoni seorang pengguna  Botanical Effect (BE) dari Mary Kay .
Setelah menggunakan BE selama 2 minggu, perubahan telah pon dapat dilihat . Cuba lihat pada gambar diatas, jerawat yang kelihatan telah mula surut. muka yang berbentuk "U" sekarang dah menjadi bentuk "V" . Tona kulit juga nampak beransur menjadi cerah dan sekata.

berikut adalah komen dari pengguna ini tentang produk Mary Kay :

" sblm ni sy pkai mcm2 produk skin care... dr produk biasa smpi produk yg ade pengelupasan kulit...mula2 pkai tuhan saje yg tahu betapa azab pedih menahan sakit ms proses pengelupasan... lps tu mmg putih cantik tp bile kita stop kulit kembali pd kulit asal...bkn nk jatuh atau nk aibkan satu2 produk tu...mane yg blm cuba mmg x tahu tp yg penah cuba mesti x kan menggunakannye lg...

smpi la sy brjmpa dgn Senior Beauty Consultant Lia Azlia...beliau la yg memberi tunjuk ajar cara dan teknik yg betul dlm penjagaan kulit serta memperkenalkan sy pd produk Mary Kay (MK)...
bila sy join event yg (MK) buat...sy jd teruja nk kulit muka sy lg sihat dgn produk yg tiada bahan kimia dan hanya menggunakan bahan botanik ...dgn hanya join event sy trs membuat keputusan untuk menggunakan produk skin care MK...dulu kulit muka sy brminyak dan sensitif...skrg slps pkai MK dlm masa 2 minggu kulit muka sy kurang brminyak dan jerawat pun dh tiada kelihatan...sy gembira dgn kulit muka sy skrg yg sihat...ari2 nk tgk cermin je... (chuckle)

jika sudah brjmpa dgn produk yg terhebat untuk  kulit kita...kenapa perlu brtukar pd yg lain...MARY KAY mmg TERBAIK utk WANITA di luar sana dan juga SAYA..."