SELAMAT DATANG KE D'Beauty Ladies Station JOM CHANTIKS !! LAKUKANNYA SENDIRI BILA-BILA MASA DI MANA JUA

Monday 15 September 2014

KELAS MAKEUP PERCUMA



Anda berminat untuk sertai kelas makeup tetapi yuran yang dikenakan terlalu mahal  ??
Anda ada bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang persolekkan ?
Anda ingin mencari peluang pendapatan dalam bidang kecantikan ? 

ISTIMEWA UNTUK PELAWAT BLOG INI. ANDA BERPELUANG UNTUK MENDAPATKAN KELAS MAKEUP SECARA PERCUMA . ALATAN MAKEUP DISEDIAKAN . TIADA CAS TERSEMBUNYI . KAMI MEMBANTU PADA YG KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK MENYERTAI KELAS MAKEUP YG BERKOS TINGGI . 

Yang penting anda BERMINAT UNTUK BELAJAR.

Personal Coaching juga disediakan . 

Ilmu yg saya ada , saya akan kongsikan bersama anda , prinsip Go Give sangat kuat dalam diri saya . memberi ilmu tanpa mengharapkan sebarang balasan . Sekaligus dapat memantapkan lagi skill yang saya ada apabila ilmu di kongsikan kepada orang lain . 

Berminat ? sila E-mail atau Whatsapp saya .
*Rujuk di bahagian Profile





Saturday 31 May 2014

FREE makeup Class


Hari Raya bakal menjelang tak lama lagi . Mesti semua wanita mahukan  penampilan yg berseri-seri kan ... Tak tahu mcm mana nak MAKE-UP ? Nak belajar makeup ? Secara PERCUMA ?? Ya..... PERCUMA ..
Barang-barang DISEDIAKAN .. anda hanya Datang bawa diri sahaja. 

Berminat ? e-mail saya di  zamlia05@yahoo.com

SILA BERIKAN BUTIRAN ANDA SEPERTI DIBAWAH :-

NAMA :
UMUR:
TINGGAL DIMANA:
E-MAIL :
NO. TEL :





Wednesday 12 March 2014

Jemputan khas untuk pelawat Blog D'beauty Ladies Station


Ingin ketahui cara menyelesaikan masalah kulit anda ?
Ingin pelajari teknik penjagaan wajah yang betul ?
Tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit anda ?
Mencari peluang pekerjaan Full time / Part time ?

Jika perkara diatas ada kaitan dengan anda , Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyertai jemputan ini. 

Sekiranya anda berminat , Boleh hubungi saya di zamlia05@yahoo.com untuk reservation . tempat sangat terhad . Siapa cepat dia dapat. 

TIADA BAYARAN TERSEMBUNYI 





Friday 27 December 2013

PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU

  Cancellation of Notification of Cosmetic Products 

UNTUK MAKLUMAN

PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. 
Tahun 2013

Bil
Gambar Produk                          
Nama produk                               
No.notifikasi (NOT)
Bahan kimia yang dikesan



1.
Sensual Meiji Skin Renewar Cream
NOT120204451K
Asid Azelaik
                        


2.
Acrena Pure Herbal Papaya Soap
NOT100802337K
Tretinoin


3.
White Complex
NOT100801451K
Tretinoin



4.
 Tiada gambar ditemui
SS Pearl Cream
NOT110602263K
Mercury 


5.
 Tiada gambar ditemui
SS Vita C Night Repair
NOT110602264K
Mercury



 6.
 
Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
NOT120905219K
Betamethasone 
7.
 
Natural 99 Night Cream
NOT120300526K
Mercury  

8.
 
Natural 99 Day Cream
NOT120300524K
Mercury 

9.
 
SF Beauty Night Cream (Facial)
NOT120602462K
Mercury  
10.
 
SF Beauty Day Cream (Facial)
NOT120602461K
Mercury 
   
11.
 
 Aveana Night Revival Cream
 NOT110404581K
 Tretinoin

12.
 

Blemished Skin Ampoules

NOT110204305K

Asid Azelaik

13.
 
Golden Horse B&W Cream - GH902-1
NOT120905460K

Merkuri





Tahun 2012
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin 
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin 
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin 
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin 
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840K
Mercury
10MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin
11DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury 
12DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury

Tahun 2011
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury 
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead


Tahun 2010
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin


Tahun 2009
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin


Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin

Senarai ini dikemaskini pada Disember 2013


- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116#sthash.k8OELfLG.VA80OFLG.dpuf

- Sumber : http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116

SAYANGILAH KULIT ANDA.. BERHATI-HATI MEMILIH PRODUK KECANTIKAN . ADALAH LEBIH BAGUS KIRANYA ANDA MEMPUNYAI PERUNDING KECANTIKAN YANG BERTAULIAH. 

Tuesday 17 December 2013

Bantuan Untuk Yang Mengalami kulit bermasalah .


Terdetik nak buka entry ni bila terbaca 1 blog ni ttg product yg telah MEROSAKKAN kulit pengguna . Rata2 pengguna/testimoni mengatakan mmg kulit mereka menjadi kusam .. berjerawat.. panas... dan lebam . MasyaAllah ... Kesian sungguh nasib mereka yg teraniaya tu . Duit dah habis beratus2 utk beli Product tersebut... tapi ... yg memburukkan keadaan pulak selepas mengguna kan product tu ... kulit menjadi ROSAK & HODOH ... kata FAKE product ... Owner product tu sdiri mengakui product tu mmg Product mereka ... AstagfirullahalAdzim .... Mengaut keuntungan yg mengsengsarakan pembeli ... Rezeki yang sangat TIDAK BERKAT !!!! 

Disini saya ingin membuka ruang utk anda bertanyakan apa2 saja berkenaan dgn masalah kulit anda.... InsyaAllah saya akan jawab pertanyaan anda tu ... Niat saya Ikhlas untuk membantu tanpa mengharap kan apa2 balasan dari anda semua... Ilmu yg saya ada saya tak mau simpan ... lebih elok kalau saya kongsikan bersama kan . saya dapat memantap kan lg ilmu saya... anda dapat memamtap kan lg pengetahuan anda. betul tak ?? BOLEH KOMEN DI RUANGAN KOMEN ATAU TERUS KE E-MAIL SAYA.

saya merayu sangat ... jangan MUDAH TERPEDAYA dengan iklan2 product kecantikan terutama sekai yang tumbuh bagai cendawan  di dalam FB ... Siasat & kaji sebelum mengguna product tersebut... JANGAN DEDAHKAN KULIT ANDA DENGAN PRODUCT YG MENDEKATKAN ANDA DENGAN  KANSER KULIT YG SANGAT MERBAHAYA. 



Tuesday 1 October 2013

Beauty Workshop


TAHNIAH !!!!  Kepada pelawat blog ini. Anda dijemput untuk menyertai bengkel kecantikan percuma ini. Sila komen "SAYA NAK" dibawah gambar ini atau emailkan kepada saya tentang kehadiran anda supaya dapat saya "reserve" kan "seat" anda. TQ ... 



Monday 26 August 2013

Kulit Hodoh Selepas Menggunakan Produk Kecantikan Yang Tidak Di Iktiraf




Gadis ini merupakan seorang blogger blog kecantikan dari Singapura yang mengalami masalah  alahan kulit selepas menggunakan produk yang diberikan oleh penaja laman sesawang untuk di ulas. Agak menakutkan melihat bintik seperti muka Beepop di muka beliau, Kesian Bun Bun kan  .

Pesanan Admin kepada semua , terutama golongan hawa yang terlalu obses kepada kecantikan agar berhati-hati sebelum membeli dan menggunakan produk kecantikan , terutamanya yang tidak mendapat kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab. Janganlah kerana harganya yang murah kita sanggup memperjudikan wajah kita yang sudah sedia sempurna dijadikan oleh Yang Maha Esa.











Nak Tau Wajah Sebenar sebelum mengguna Produk tersebut ? ?


|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Singguh Indah Ciptaan YG MAHA ESA ... Jangan Rosakkan ciptaan ini dengan KEBODOHAN kita sendiri ... Sayangilah Kulit Anda... Dapatkan Nasihat dari Perunding kecantikan yang Terlatih ... Saya Sendiri sudi membantu anda ...